TERJAWAB SUDAH KONTROVERSI LAGU TERBAIK AIM 2011: BUKAN MILIK YUNA!

sebelum nie aku ada post entry pasal kotroversi lagu terbaik.
http://jijuanaqashi.blogspot.com/2011/11/lagu-terbaik-anugerah-industri-muzik.html
dalam post ni aku ulas tentang kemenangan Yuna untuk lagu'penakut' yang dinobatkan sebagai lagu terbaik AIM 2011. Walaupun aku gumbira sebab memang favourite! tapi aku yakin pasti ada kontroversi sebab lagu ini tidak menang bagi kategori Pop
( kalah dengan lagu 'sedetik lebih' Anuar Zain).
Ternyata ia bukan sekadar kontroversi tetapi kisah yang sangattt MENYAYAT HATI!!


Dan akhirnya Anugerah Lagu Terbaik di TARIK BALIK!...
& pemenangnyaaaaaaa.....SEDETIK LEBIH-ANUAR ZAIN
kalaulah malam itu tiada kesilapan, dan lagu anuar zain diumumkan pemenang, konfom kak ziana melompat riangg kann hahaah.....kak long bagi awards kat adik turrr....

Pasal isu ini..bagi aku , ia AMAT MEMALUKAN. Hairan bebenor bukankah dalam penjurian ini mesti ada proses audit!. kenapa tak audit bebaik dulu! pastu AIM nie dah masuk tahun 2011 kot! takkan tak reti-reti buat kerja! ini yang membuatkan segala macam sumpah serana tersembur keluar dari mulut aku nie...rasa macam nak mengaummmmmm depan juri-juri AIM tur , jaclyn pun kalah doww...

kesian Yuna..uhukkk uhukkk..tergelak penuh sindiran orang2 industri muzik kat luar2 Malaysia nie...dah ler industri muzik malaysia mcm ini, pastu Awards pun boleh jadi cmni!!..Malu den..

ataupunnnnnn saja jer nak wat kontroversi kannnnn....AIM kan semakin tahun semakin kurengg sengatttt...tapi inilah je ler anugerah utk penggiat seni muzik yang ada, ala2 'grammy awards' ler kiranya...
tahun depan plezzzzz lerrr AIM jgn buat benda bodoh lagi..kalau tak cukup ilmu dipersilakan ambek kursus penerang hati ngan Dato fadzilah kamsah, buat AIM nie bukan syok sendiri tapi demi kemajuan & kegemilangan industri muzik tanahair...emmm kan tak pasal2 tersembur ayat2 falsafah aku nie!


boleh baca berita yg dipetik dr mstar online:
http://mstar.com.my/hiburan/cerita.asp?file=/2011/11/24/mstar_hiburan/20111124164948&sec=mstar_hiburan
Lagu Terbaik AIM18: 'Sedetik Lebih' Ganti 'Penakut'

KUALA LUMPUR: Lagu Sedetik Lebih nyanyian Anuar Zain, ciptaan Edry Abdul Halim diumumkan sebagai Lagu Terbaik Anugerah Industri Muzik ke 18 menggantikan lagu Penakut komposer dan nyanyian oleh Yuna.
Pengerusi Bersama Jawatankuasa Penganjur AIM 18 dari Persatuan Industri Rakaman Malaysia (RIM), Rosmin Hashim berkata terdapat kesilapan pengiraan undi dibuat oleh juruaudit luar rasmi, AIM 18, Ernst & Young yang mengakibatkan kesilapan pengumuman pemenang pada malam, 12 November lalu.
"Lagu Penakut oleh Yuna, telah tersilap ditentukan sebagai pemenang bagi kategori Lagu Terbaik berdasarkan markah tertinggi yang diberikan oleh hakim-hakim bagi 20 buah lagu yang terdiri daripada 5 calon tertinggi dari sub-kategori iaitu Lagu Pop Terbaik, Lagu Rock Terbaik, Lagu Pop Etnik Terbaik dan Lagu Nasyid Terbaik.
"Mengikut kriteria yang ditetapkan oleh RIM, pemenang Lagu Terbaik mestilah merupakan salah satu pemenang bagi empat anugerah sub-kategori tersebut dan atas dasar itu pemenang lagu terbaik AIM 18 sepatutnya adalah Sedetik Lebih oleh Anuar Zain," katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang media pembetulan bagi anugerah Lagu Terbaik AIM 18, di sini, Khamis.
Tambah Rosmin, pembetulan ini adalah bagi memastikan integriti anugerah AIM dapat dipelihara dan pihaknya turut memohon maaf kepada Yuna, Edry dan Anuar Zain atas kesilapan tersebut.
"Pembetulan ini bagi memelihara integriti dan kredibiliti AIM sendiri dalam memastikan keputusan yang dilakukan tepat, kami juga memohon maaf atas sebarang kesulitan yang dialami" ujarnya.
Sementara itu, Yuna mengakui terkejut dengan perkara tersebut, namun menghargai usaha penganjur AIM untuk membetulkan kesilapan yang berlaku.
"Saya tidak rasa malu atau serik untuk menyertai AIM pada masa akan datang kerana bagi saya mereka telah berusaha memperbetulkan keadaan sebenar.
"Saya juga tidak rasa perkara ini akan menjejaskan reputasi saya sebagai seorang penyanyi baru," katanya.
Manakala Edry menerima keputusan ini dengan terbuka biarpun telah menerima kemenangan Yuna sebagai pemenang kategori tersebut.
"Saya amat berbangga dengan Yuna dan pencapaiaan tempatan dan luar negara beliau sebagai seorang penghibur dan kemenangan tersebut juga layak untuk lagu beliau.
"Namun kami menerima penghargaan ini dengan hati yang terbuka dan berharap kejadian seperti ini tidak berlaku pada masa akan datang," katanya.
Dalam pada itu, RIM akan menganjurkan forum AIM terbuka pada 6 Disember depan untuk ahli-ahli industri muzik dan media hiburan memberi sebarang komen dan maklum balas bagi tujuan mempertingkatkan mutu penganjuran anugerah berprestij itu untuk masa akan datang.

Comments

Popular Posts