SALAM MAAL HIJRAH 1433H/2011M


tahu tak maksud logo nie?

Salam Maal Hijrah 1433H/2011M
‘Persefahaman Asas Perpaduan Ummah’

Untuk semua saudara-saudaraku, umat Islam seantero dunia..

Ada gak org tanya aku, maal hijrah tu awal muharram ker? Awal muharram bila,hijrah pulak bila? Aku pun kekadang keliru, Nampak sangat tak cukup ilmu agama huhu, apa nak jadi ngan aku nie weii, dah masuk tahun baru nie..so WAJIBLAH perbanyakkan ilmu di dada& terutamanyaaa ilmu agama...hehe azam niee..

Awal Muharram juga dikenali sebagai  Maal Hijrah. Sempena memperingati penghijrahan Nabi Muhammad s.a.w dari Kota Makkah ke Madinah pada tahun 622 Masihi. Peristiwa bersejarah itu berlaku pada 1 Muharam serta merupakan hari pertama dan tahun baru bagi Takwim Hijrah.

Ini bermakna, walaupun ada sebulan lagi nak masuk 2012, tapi sebenarnya bagi tahun Islam, kita dah masuk tahun baru. Cuma masih ramai yang tak sedar lagi, sebab dah terbiasa dengan tahun moden..

So sebelum pergi jauhhh..marilah kita tetapkan azam, semoga tahun baru ini kita lebih baik, menjadi insan berguna utk agama, bangsa dan Negara...

Tahu tak lagu Maal Hijrah? Tiap-tiap tahun mesti ada kuar kat radio atau TV kalau dah nak dekat awal muharram, Kalau tak tahu konfom ko bukan orang Malaysia. :-P

Kat bawah nie ada lirik..so apa lagi..Jom ler kita nyanyi reramai....

Lirik lagu Maal Hijrah:
Satu Muharam Detik Permulaan
Perkiraan Tahun Islam Hijrah
Perpindahan Nabi Dan Umat Islam
Dari Kota Mekah Ke Kota Madinah
                 Atas Keyakinan Dan Iman Yang Teguh 
                 Kaum Muhajirin Dan Ansar Bersatu
                 Rela Berkorban Harta Dan Nyawa
                 Demi Menegakkan Islam Tercinta
Hijrah Itu Pengorbanan
Hijrah Itu Perjuangan
Hijrah Itu Persaudaraan
Hijrah Membentuk Perpaduan
                 Hijrah Itu Pengorbanan
                 Hijrah Itu Perjuangan
                 Hijrah Itu Persaudaraan
                 Hijrah Membentuk Perpaduan
Oleh Itu Mari Semua
Kita Sambut Maal Hijrah
Tingkatkan Semangat Tegakkan Syiar Islam
Untuk Sepanjang Zaman
Untuk Sepanjang Zaman 


Apa perlu tahu?


1.      Sambutan Maal Hijrah Peringkat Kebangsaan mula diadakan pada 26 Ogos 1987 bersamaan 1 Muharam 1408. Idea tersebut dikemukakan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Tan Sri Datuk Dr. Yusuf Noor kepada Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad. Empat jawatan kuasa ditubuhkan bagi memastikan majlis julung kali itu berjalan lancar iaitu jawatankuasa induk, jawatankuasa kecil anugerah, jawatankuasa kecil teknikal dan jawatankuasa peraduan nasyid.( Utusan )

2.      logo “Ma`al Hijrah” terdiri dengan huruf ‘ha’berlatarbelakangkan sawang/sarang labah-labah. Menurut riwayat, sarang lelabah inilah yang membuatkan Musyrikin Mekah yang memburu Saidina Rasulullah SAW serta sahabatnya Saidina Abu Bakr AS “tak jadi” masuk ke gua tempat mereka bersembunyi, sebab menurut mereka, mustahil gua berkenaan dimasuki orang kerana satu-satunya pintu guanya itu masih dipenuhi sawang. Maka demikianlah Allah SWT melindungi hamba-hambaNya itu daripada ditemui oleh mereka, iaitu dengan mengutuskan labah-labah agar membina sarangnya di pintu gua berkenaan.

 sumber: JAKIM
Hadith: 
Dari Aisyah r.a katanya: Sungguh sedikit waktu (kesuntukan waktu) bagi nabi saw. pada hari-hari itu, namun amat perlu sekali bagi baginda datang juga ke rumah Abu Bakar pagi atau petang. Maka ketika telah diizinkan bagi baginda untuk pergi (hijrah) ke Madinah, kami tidak pernah terkejut melainkan ketika baginda datang ke rumah kami waktu Zohor, lalu kedatangan baginda itu dimaklumkan kepada Abu Bakar. Berkata Abu Bakar,:Nabi saw. tidak akan datang pada waktu ini melainkan kerana ada urusan yang sangat penting.Ketika Nabi saw. masuk ke tempat Abu Bakar, baginda bersabda kepadanya. Suruhlah orang yang ada di sekelilingmu keluar. Berkata Abu Bakar:Ya Rasulullah! Hanya ada dua orang anakku, ˜Aisyah dan ˜Asma'. Sabda Nabi saw. Tahukah engkau bahawa sesungguhnya aku telah diberi izin untuk keluar (hijrah)? Berkata Abu Bakar,Anda perlu teman, ya Rasulullah!Sabda Baginda,Ya, kawan.Berkata Abu Bakar,Ya Rasulullah! Aku mempunyai dua ekor unta yang sengaja kusediakan untuk keluar (hijrah), ambillah seekor untuk anda.Sabda Nabi,Kuambil seekor dengan harganya
Huraian Hadith: 
Orang yang mula-mula menetapkan hijrah sebagai permulaan tarikh dalam Islam ialah Saidina Umar al-khattab dalam masa beliau memegang jawatan sebagai khalifah iaitu pada tahun 17 hijrah. Beberapa cadangan telah dikemukakan kepada beliau, ada yang mencadangkan kelahiran Rasulullah, ada pula mencadangkan kebangkitannya menjadi Rasul dan ada pula yang mencadangkan tahun kewafatan baginda.Tetapi semua cadangan itu tidak dipersetujui oleh Saidina Umar memandangkan Hijrah adalah peristiwa yang terpenting di antara peristiwa-peristiwa lain sebagaiman katanya:Kita membuat tarikh dengan hijrah Rasulullah s.a.w. kerana hijrahnya itu adalah merupakan perbezaan antara yang benar dengan yang batal.Pendapat ini disokong oleh Saidina Ali.
MAKSUD MASIHI & HIJRI...sumber : Jakim
Sebenarnya, wujud jalinan perkaitan antara perkiraan tahun Masihi dan Hijri (Hijrah) kepada umat Islam. Tahun Masihi dikira menurut ˜peredaran' matahari (tarikh as-Syamsi) sementara perkiraan tahun Hijri pula berdasarkan peredaran bulan (tarikh al-Qamari). Islam tidak menolak salah satu perkiraan tarikh berkenaan dalam kehidupan manusia. Perkiraan tarikh as-syamsi adalah untuk menentukan musim atau aktiviti manusia. Daripada tarikh inilah manusia mengenal peredaran musim panas, sejuk, menyemai atau menuai sementara tarikh al-Qamari pula menentukan masa ibadat. Peredaran yang tidak sama antara tarikh as-Syamsi dan al-Qamari menyebabkan umat Islam dapat merasai musim berbeza setiap kali menunaikan ibadat tertentu. Contohnya musim haji dan puasa. Mungkin pada tahun ini, umat Islam berpuasa atau menunaikan haji dalam musim sejuk tetapi beberapa tahun kemudian pula dalam musim panas.


Comments

Unknown said…
SALAM,
TERIMA KASIH ATAS ENTRI INI. SALAM MAAL HIJRAH
wanbah said…
thanx kerna sudi membaca hehhe:-)..salam maal hijrah

Popular Posts