PENTAS PILIH KASIH MUSIM 2 AKHIR. PEMENANG DAN ULASAN PENUH

ANDAKAH PELAKON YANG SAYA CARI?

20 Februari 2010

Pilih Kasih Musim 2 berakhir sudah. Pentas Pilih Kasih Akhir yang bersiaran secara langsung di TV 2 semalam meninggalkan banyak memori indah, yang pasti RTM sekali lagi berjaya mewujudkan sebuah pertandingan pencarian bakat yang berkualiti walaupun masih bersandarkan nilai komersil melalui pengundian SMS.

Walaupun semalam hati aku berbelah bahagi antara cerita Merlin di TV 3 dan Tersasar di jalanmu - Drama terbaik Anugerah Skrin 2009 ( Astro Oasis ), akhirnya tontonan aku tertumpu di TV 2 jua. Sekali sekala menjenguk juga di TV 3 dan Oasis bila iklan menjelma tapi tak mampu 'pergi lama'. Tak sabar melihat aksi-aksi selepas itu.

Semalam aku melihat aksi-aksi peserta begitu menyakinkan. Malah penglibatan juri juga nyata begitu menarik apabila Dr & Ibu ( Fauziah Nawi ) turut mendendangkan monoloq mereka. Riuh seketika Auditorium apabila Rosyam Nor mengambil alih tugas juri dengan memberi komen pada persembahan 'istimewa' mereka.

Melihat kepada PPK akhir semalam. Aku yakin selepas ini peserta-peserta ini akan menjadi pelapis kepada pelakon sedia ada malah mampu mencipta satu fenomena.

Harus diingat bahawa bukan mudah untuk berlakon drama selepas itu beraksi di atas pentas secara langsung dengan beberapa tugasan seperti bermonoloq, menari, menyanyi segalanya dibuat secara persembahan muzikal. Aku tengok persembahan semalam dan sebelum ini penuh dengan 'asigment'.Semua 'asigment' tu pula pelbagai jenis, watak, skrip, emosi dan gaya. Ada watak zaman klasik, moden, barat, sedih, marah, cinta, bengis, hodoh, menangis dan macam-macam lagilah!

Gua Tabik sama suma peserta finalis dan peserta sebelum ini sebab kalau aku pun belum tentu boleh ingat atau hafal 'step' dan skrip dan menyampaikannya dengan cara yang sepatutnya ! Mahunya aku tergolek atau melalut atas pentas tu!!!

Aku juga tabik sama itu juri-juri. Pada aku, juri Pilih Kasih lebih berkaliber dan jujur malah komen-komen yang diberikan begitu hebat & menyentap! Membuatkan semua peserta dan penonton terkesima dengan realiti sebenar dunia lakonan/ seni.

Bila kita berlakon kita sewajibnya memberikan sebuah persembahan yang mantap!
Pengarah sekarang pun mesti ingin yang terbaik daripada pelakonnya. Kalau dah banyak kali 'cut' disebabkan lupa skrip atau kurang penghayatan, jawabnya lepas nie bye-bye lah pada pelakon tersebut. Cuba fikir logiknya, banyak 'cut' buang masa pengarah & kru penerbitan, buang filem dan merugikan penerbit sahaja! Kalau disiarkan pun mahunya dikutuk produk itu seperti sampah!.

Jadi kalau dah buat yang terbaik, penuh penghayatan dan bersemangat. Pastinya produksi akan lebih teratur, penerbit, pengarah dan kru pun senang hati. Produk pun lebih berkualiti dan dipuji ramai. Kalau ada rezeki lebih bonus pun masyukk dan bolehlah tercalon dalam Anugerah Seri Angkasa atau Anugerah Skrin. Selepas ni siap sedia menjadi rebutan wartawan dan penerbit.


Jadi secara keseluruhanya :

Pilih Kasih perlu diteruskan lagi dan TAHNIAH pada semua peserta, pengajar dan pihak penerbitan!
Bagi aku inilah pertandingan bakat paling TERBAIK. Jadi siapa-siapa diluar sana yang bercadang ingin menjadi pelakon sertailah PPK akan datang kerana tersangat banyak ilmu yang diberikan berbanding pertandingan lain!!..

Di cadangkan diterbitkan satu rancangan seperti 'Glee' atau 'High School Musical' dan diterbitkan album runut bunyi/ soundtrack Pilih Kasih 2 kerana lagu-lagu yang disembahkan begitu menghiburkan.


Apa kata wanbah:

Amboi ada watak 'bercium' tu siap berlatar belakangkan lagu 'my heart will go on/ celine dion'. Ko ada !!!!!
Reza juga berjaya menjadi pengacara yang menghiburkan! Ada ketika membuatkan penonton geram dengan macam-macam kejutan.



Hadiah-hadiah menang hebat Beb!!

'Populariti memang penting. Bukan hanya kebagusan sahaja yang akan dinilai diluar sana. Dunia hiburan begitu lah realitinya'.

Anugerah Khas TM ( 100% markah juri & pihak TM )



Jay izwazir

Pelakon Terbaik : Jay Izwazir


SMS + Juri


Ku Hariz

Tempat ke-3: 16.02% - Ku Hariz

Yusman


Tempat ke-2: 24.8% - Yuzwan Yunus
Livonia

JUARA - 26.6% - Livonia

Comments

Popular Posts