BAKAT TV 2011 - SYARAT-SYARAT, TEMPAT & BORANG

Atas permintaan geng-geng seantero dunia  yang ingin mengetahui lebih lanjut tentang ujibakat ini, aku dengan berbesar hati untuk membuat page khas untuk kalian...selamat membaca :-)
Sepertimana post aku sebelum ini, BAKAT TV 2011 tampil dengan kelainan, dan aku jangkakan rancangan ini bakal menjadi rancangan paling TOP 2011. Jadi cepattttttttttttt peluang depan mata :-) gud Luck!!!!

 KATEGORI UJI BAKAT:
  1. Nyanyian Berkumpulan sahaja
  2. Komedi Berdiri ( Stand-up comedy & ventriloquism )
  3. Silap Mata
  4. Pemuzik Solo atau Berkumpulan
  5. Tarian Solo atau Berkumpulan
  6. Boneka Tangan ( Hand Puppet )
  7. Dan bakat seni yang lain yang bersesuaian.
SYARAT-SYARAT
  1. Warganegara Malaysia
  2. Tiada had Umur
  3. Terbuka kepada Amatur & Professional
  4. Mengisi Borang Penyertaan
  5. 1 Salinan Kad Pengenalan ( Setiap Ahli )
  6. Sekeping Gambar Penuh Peserta berukuran 4R
  7. Membawa Sendiri muzik 'minus one' lagu yang hendak disampaikan dalam bentuk CD dan membawa sendiri peralatan sokongan bagi persembahan
  8. Imej yang bersih
  9. Khidmat Penari atau Penyanyi Latar TIDAK dibenarkan
  10. Sebarang perbelanjaan ditanggung sendiri oleh peserta
    Durasi Persembahan adalah 2 MINIT
  11.  Bagi kategori pemuzik- Solo ( secara instrumental atau dengan iringan 'minus one'), Kumpulan ( secara unplugged dan kreatif)
  12.  Alat muzik yang dibenarkan  konvensional ( klasik, moden atau ektnik ) atau yang kreatif ( guna daun, buluh, perkakas rumah).
  13.  Lagu dalam bahasa Malaysia @ Inggeris ciptaan tempatan atau sendiri.
  14. Keanggotaan pemuzik secara solo atau 5 Orang bagi berkumpulan.
  15. Keanggotaan tarian secara solo atau 2-6 orang.
  16. Keputusan Muktamad
TEMPAT UJI BAKAT:
A.    26 & 27 FEBRUARI 2011 ( SABTU &AHAD ) BERMULA 10.00 PAGI
  1. RTM Kota Kinabalu
  2. RTM Tawau
  3. Bangunan Persekutuan Sandakan
  4. Auditorium Mutiara.FM
  5. RTM Perlis
  6. Kompleks Penyiaran Sultan Ahmad Syah, Pahang
  7. Plaza Kotaraya Johor
  8. Mydin MITC Melaka
  9. Auditorium Terengganu FM
  10. Greentown Mall Ipoh Perak
  11. Auditorium Kelantan FM
  12. Studio Rakama RTM Langkawi
  13. Auditorium Kedah FM
  14. Angkasapuri Kuala Lumpur
B.    5 & 6 MAC 2011 ( SABTU & AHAD ) BERMULA 10.00 PAGI
  1. Auditorium P.Ramlee, RTM Kuching
  2. Bintang Megamall, Miri
BORANG PENYERTAAN:
http://www.rtm.gov.my/rtmnew/index.php?option=com_phocadownload&view=file&id=33%3Aborang-ujibakat-bakat-tv-2011&Itemid=102&lang=bm


sumber : Pihak RTM ( Hiburan & Promo )

Apa kata Wanbah:
Inilah masa merealisasikan IMPIAN!!...jangan simpan jer bakat2 yang ada ..kuarkan seluas-luasssnyaaaa...
bagi kejutan pada juri-juri nanti!..jgn sampai juri pengsan sudah :-P
BAKAT TV 2011 RTM akan menjadi rancangan realiti paling top tahun ini!!!!

Comments

Popular Posts