Hukum meninggalkan puasa

Hukum-hukum meninggalkan puasa terbahagi kepada empat :

1. Wajib qadha'

  • Kedatangan haid dan nifas.
  • Sakit yang membahayakan.
  • Tersangat lapar dan dahaga.
  • Dalam perjalanan.
  • Pitam.
  • Mabuk.
  • Mengandung dan berbuka kerana bimbangkan kesihatan diri masing-masing.
  • Menyusukan anak dan berbuka kerana bimbangkan kesihatan diri masing-masing.
2. Wajib qadha' dan wajib membayar fidyah.

  • Orang yang mengandung dan berbuka kerana bimbangkan kesihatan anak masing-masing.
  • Orang yang menyusukan anak dan berbuka kerana bimbangkan kesihatan anak masing-masing.

3. Tidak wajib qadha'.

  • Kafir (tidak beragama Islam)
  • Kanak-kanak.
  • Gila

4. Tidak wajib qadha' tetapi wajib membayar fidyah.

  • Sakit yang tidak ada harapan sembuhnya.
  • Tua yang tidak kuasa (daya) berpuasa

Beberapa Catitan Penting :

1. Lewat qadha' puasa:
Jika lewat qadha' puasa hingga datang bulan ramadhan yang lain, wajib membayar fidyah secupak pada tiap-tiap hari puasa, dan jika lewat dua tahun, melewati dua kali ramadhan, wajib berfidyah sebanyak dua cupak dan begitulah seterusnya di samping wajib mengqadha' puasa itu.

2. Orang yang mati sebelum qadha' puasa:
Orang yang luput puasa ramadhan kerana sakit atau musafir dan ia mati sebelum mengqadha'nya, tidak wajib diikut dengan qadha' atau fidyah dan tidak berdosa.

Jika seseorang itu mati sebelum mengqadha' puasanya dengan ketiadaan uzur, maka walinya hendaklah mengqadha'kannya atau mengeluarkan fidyah secupak pada tiap-tiap hari puasanya.

Fidyah puasa : Mengeluarkan secupak bahan makanan asasi ( di negara kita - beras) untuk tiap-tiap hari puasa yang ditinggalkan, kepada fakir miskin.


sumber: http://www.al-azim.com

Comments

Popular Posts