Balik Kampung Untuk berubat

24 julai hingga 31 julai


Berada di kampung selepas melalui 2 minggu yang amat melelahkan! Sememangnya sakit ini akan membuatkan pesakit sangat penat, lelah, muntah, loya...

Di kampung sapagaya , lahad datu, sabah:
Majlis kenduri sehari selepas aku berada dirumah...


Aku menggunakan kesempatan ini untuk berehat sepuasnya dan sememangnya itu yang doktor pesan takut hati bleeding...bagi aku rehat bukan aktiviti yang disukai, jadi ada jer benda yang aku buat salah satu daripadanya pergi kebun.. Syukur dengan nikmat Allah yang memberi rezeki dengan adanya sebidang tanah yang luas kami mengusahakan tanaman kelapa sawit, sangkar ikan talapia, ternakan kambing, durian dan beberapa pokok lain... Bak kata pepatah 'berbudi kepada tanah'.. Memandangkan mamy&dady pun dah pencen inilah tempat yang melepaskan kebosanan, mamy dengan tanaman kecilnya dan dady dengan aktiviti lasaknyer ( dulu seoarang polis gerakan am PGA)..sekali lagi aku bersyukur dengan nikmat ini... Bila dah berada dalam kebun ini mcm2 dalam fikiran, beberapa perancangan untuk meluaskan lagi jenis pertanian& ternakan.. Tapi itulah masih bekerja jadi hanya merancang jer.. insyaALLAH kalu diizinkan oleh NYA mungkin suatu hari aku akan menjadi seorang peladang!...

Melalui masa2 yang sakit bukan sesuatu yang mengembirakan!Sangat besar dugaan ini.. Tetapi aku bersyukur dugaan ini membuatkan aku lebih menjaga ibadat... Teringat bait2 lirik lagu raihan tentang solat... Salah satunya daripadanya Solat sebelum sakit!... Mungkin ini adalah hukuman kecil daripada Allah bagi umatnya yang sering lupa akan ibadat wajib dan mengutamakan keduniaan! Aku bukanlah seorang yang terlalu menjaga solat adakala banyak yang tertinggal, asyik mengutamakan kerja! Bila nak exam, temuduga, nak 'sesuatu' baru 'rajin'! Ishh ishhh....dan aku tak malu untuk mengatakannya! Sesungguhnya Allah maha mengetahui...

Dan sekali lagi aku bersyukur kepada Allah atas hukuman ini! Yang membuatkan aku lebih dekat dengan ibadat ! Minggu2 sebelum bermulanya ramadan.. Inilah hikmah disebalik kesakitan ini... Satu persediaan menghadapi Nur Ramadan.. Bulan penuh kesucian!

Comments

Popular Posts