Hikmah dan darjah puasa

Puasa mempunyai hikmat-hikmat dan faedah-faedah yang banyak, antaranya :


  1. Menandakan kesyukuran kepada Allah kerana nikmat-nikmat yang banyak kepada hamba-hambanya.
  2. Melatih jiwa supaya mempunyai rasa kasih dan belas terhadap orang-orang yang susah menderita.
  3. Melatih jiwa supaya bersih daripada sifat tamak, sombong, hasad dan dengki.
  4. Melatih diri supaya bersifat sabar dan tahan menempuh ujian-ujian dalam perjuangan hidup.
  5. Menanam semangat perpaduan kerana sama-sama menunaikan kewajipan yang sama itu dapat menimbulkan semangat perpaduan.
  6. Menanam semangat sama rata dan menjauhkan sifat beza membeza di antara kaya miskin, hina mulia, raja dan rakyat kerana sama-sama menjunjung perintah Allah.
  7. Melatih diri supaya mempunyai peraturan-peraturan dan menghargakan masa, kerana puasa mempunyai batas-batas waktu yang tertentu.
  8. Membersihkan anggota-anggota di dalam tubuh dari daki-daki dan lemak-lemak makanan yang bekerja sepanjang tahun.
  9. Memberi kerehatan kepada alat-alat di dalam tubuh, terutamanya alat pengisar makanan yang bekerja sepanjang tahun.
  10. Memberi peluang untuk memperbanyakkan amal ibadat, kerana bulan ramadhan mempunyai keistimewaan yang tidak ada pada bulan-bulan lain seperti Lailatul Qadar dan sembahyang tarawih.


Puasa tu mempunyai 3 darjah (tingkatan):


1. Puasa 'Umum'
Puasa kebanyakan orang hanya dengan menahan diri daripada makan, minum dan keinginan syahwatnya.
2. Puasa 'Al-Khusus'
Berpuasa dengan cara menahan diri dari makan, minum, memelihara syahwat keinginannya, serta mengawal anggota-anggota yang zahir seperti mata, telinga, lidah, tangan, kaki dan bahagian sulit daripada melakukan maksiat.

3. Puasa 'Khususul Khusus'
Berpuasa dengan cara memelihara segala perkara yang tersebut di atas tadi, sambil menjaga hatinya daripada berfikir mengenai hal ehwal dunia dan sifat-sifat riak, 'ujub, takabbur dan lain-lainnya.




mencari keberkatanNYA....  :-)

Comments

Popular Posts