Perkara wajib IMSAK dan tidak wajib IMSAK

Orang-orang yang berikut dibawah ini adalah diwajibkan imsak, yakni menahan diri daripada makan minum waktu siang hari pada bulan ramadhan, sekalipun mereka itu dikira tidak mengerjakan puasa:
  1. Orang yang meninggalkan puasanya dengan sengaja.
  2. Orang yang meninggalkan berniat puasa pada waktu malamnya.
  3. Orang yang kesiangan pada makan sahurnya.
  4. Orang yang berbuka kerana menyangkakan masuk matahari rupa-rupanya masih siang.
  5. Orang yang menyangkakan 30 Sya'ban, kemudian ia mengetahui telah masuk satu ramadhan.
  6. Orang yang berlebih-lebihan pada berkumur-kumur dan masuk air ke dalam hidungnya.

Orang-orang yang tidak wajib imsak:

  1. Kanak-kanak yang hampir baligh.
  2. Orang gila ketika sembuh.
  3. Orang kafir pada ketika masuk Islam.
  4. Orang yang dalam perjalanan (musafir) ketika sampai ke tempat yang dituju.
  5. Orang yang sakit pada ketika sembuh.

sumber: http://www.al-azim.com/

Comments

Popular Posts