Test blood & Doktor kali ke-4

2 OGOS 2010


Aku kembali ke KL, memandangkan 2 hari aku akan melalui 'aktiviti di PPUM jadi terpaksaler aku tinggal kat umah lama di sri manja petaling jaya, kalu nak balik putrajaya satu hal lg dengan kuar awal pagi...

Hari ini aku kene ambik darah lagi....nak tahu jarak no giliran aku dengan giliran terkini waktu ini???....hampir 200 orang lagi! What! OMG!! Ini boleh buat aku meroyan , menggelupur, naik magrain! Nasib baik ada gak notebook ini bleh gak online...
Selesai ambik darah , perkara paling aku tak suka!... Meronda2 jap area pj menghilangkan kebosanan dan keletihan!
Kat umah lama rehat jeler!!! Sambil beronline! :-)
 
 

 
3 OGOS 2010


Bilik 11... Dr chen... Skali lg untuk mengetahui result terkini....
Sebenarnya dah sampai satu tahap PENAT menunggu giliran
Rasanya kalu ada orang yang sakit kritikal dah mati awal...

Tetapi itulah dia hospital kerajaan.. Kalau yang swasta tak tahulah cmne sebab tak pernah pergi.. Disebabkan budget juga ler hospital kerajaan menjadi pilihan walaupun terpaksa memanaskan punggung di sofa best setegah empuk.. Yang penting BUDGET!.. Sabar jeler....

Lama lagi ker???? Itu jeler soalan yang bermain difikiran... Notebook ni pun bleh gak habis battery!.. Ishhh ishhh

Tunggu dan tunggu lagiiii sambil mata sekali sekala menjeling ke papan elektronik giliran dan orang yang lalu lalang di depanku!..
dan akhirnya giliran aku di bilik 11.... debaran menanti result!...
diskusi dgn doktor chan berjalan dgn baik dan aku disahkan stabil.....
daripada status darah 3000 ke 200 satu peningkatan yang agak baik walaubagaimanapun
pemeriksaan sepanjang masa tetap dijalankan juga dlm temph 6 bulan coz penyakit ini bukan boleh
hilang serta merta... next temujanji 28 September 2010, bdw 27 Ogos pula aku akan menjalani
proses X-Ray... nurse dah pesan yang aku kene bersahur lebih awal dr sepatutnya agar perut kosong jer....


syukur penyakit dah beransur pulih berkat doa semua org.... :-)

Comments

Popular Posts