TALAASH trailer ( AAMIR KHAN, RANI MUKERJI, KAREENA KAPOOR)


OMG aku tak sabar nak tunggu filem nie..
sebagai peminat fanatik rani mukerji, pastinya aku sudah tak sabar nak tgk film nie, last muvie Rani Mukerji aku tgk pun tahun lepas dalam No One Killed Jessica.
sikit info pasal filem Talaash:

Talaash adalah filem ke-2 arahan Reema kagti, seorang pengarah wanita yang pernah menerbitkan filem sulungnya bertajuk Honeymoon Travels Pvt.ltd pada tahun 2006.
Filem ini juga akan menemukan 3 pelakon yang hebat. Aamir Khan, tidak perlu disangkal lagi, filem Lagaan pernah jadi top 5 best foreign film Academy Awards, Ghajini & 3 Idiots pulak mencatat kutipan box office terhebat dalam sejarah perfileman bollywood hingga sekarang.

Rani Mukerji, ohh my love, NOKJ telahpun diangkat antara filem yang akan menjadi top 5 dalam anugerah-anugerah filem di india tahun ini. Rani mukerji sendiri telah berjaya diangkat sebagai pelakon terbaik wanita dalam Anandalok Puraskar Awards, Big Stars Entertaiment Awards, Dadasaheb Phalke Awards , dan percalonan demi percalonan tahun ini! yang menariknya ini kali 4 mereka diketemukan selepas Mann (penampilan khas dalam lagu kahin ), Ghulam & Mangal Pandey ( 2005 ).

Manakala Kareena kapoor, kini terus melebarkan kegemilangannya sebagai heroin paling top, selepas tahun 2011 shj kesemua filem-filemnya catat kutipan box ofiice! Ra One &  Bodyguard cukup meletakkan dia sebagai Ratu filem 2011!

Talaash ini adalah filem suspen yang bermain unsur psikologi!. Filem ini juga antara yang paling dinanti-nantikan tahun ini! malah sudah ada poster-poster tipu untuk filem ini, nampak sgt peminat tak sabar nak tgk kan..malah trailer dier pun dikatakan dalam minggu ini akan keluar! tak sabar nie huhukk..mungkin ini salah satu startegi pemasaran mereka, saja nak buat spekulasi ini itu..tapi aku peduli apa! yang penting ada RANI MUKERJI!!!


tgk trailer:...

http://www.youtube.com/watch?v=ntFj3QWga4g

Comments

Popular Posts