11.11.11


*post ini sebenarnya agak terlewat gak dipostkan hehehe...baru kali ini 'free' pulak..so layankan jelerrrr ek..


SUPRISE '11.11.11'
Entah kenapa esok 11.11.11 ( Jumaat ) seperti ada yang menarik. Aku pun tak tahu. Lebih-lebih lagi esok ada mesyuarat, dah ler pagi pulak tu. Selalunya bila ada panggilan meeting, aku begitu berat hati nak pergi, sebab malas nak menempuh saat2 meeting yg sgt membosankan pastu tiada jalan penyelesaian juga! Meeting  gomen mcm inilah. Tapi panggilan meeting kali ini seperti menarik perhatian, aku begitu berkobar2 sampaikan malam khamis nie aku begitu semangat memilih pakaian yang sesuai dan menampakan ‘glam’, biar suma ahli meeting terbeliak bijih mata!
Bermulalah perjalanan pagi yang begitu mendebarkan menuju ke opis dah pastinya pagi ini meeting yang dinanti-nantikan!..WOW aku begitu TERUJA!! Mengenakan persalinan serba kelabu dengan baju kolar kain labuh  Esprit & seluar  formal slim fit dengan blazer santai ..seakan2 nak pergi majlis anugerah ok!!!
Sampai opis aku terus membuat rambut, memakai perfume, bergaya2 depan cermin!! Yezaaa its me..ready for make suprise!!! Yeah!!!
Aku pun dengan semangat berkobar2 pergi ke bilik meting 207! Ya!!! Oh..besttt nyerrrrr.....nampaknya baru 2 org yang ada...tetiba salah seorang datang berjumpa bertanya.’ya encik, meeting apa?’ aku hairan ‘ aiiikkk takkan disebabkan kehenseman nyer aku hr ini tak layak tuk meeting nie kot’ hahaaahaha...aku dengan bangga nyer mengatakan dtg utk meeting pelaksanaaan...
Tetiba terpacul dr mulut nyer 'oh ni meting penerbitan, en. salah masuk meeting nie’..
Whatsss????? Hatiku memberontak! ‘tapi dalam surat ini menyatakan 11hb, bilik 207, jam 10 pagi...
Apalagi aku dgn kureng puas hati pegi ler ke bilik kerani nak check jadual penggunaan bilik! SAH ! bukan meetng aku!! Aduiii..apa nie???? Takkan pengarah ***** nak tipu kot!!..aku pun dengan rasa geram tensen blah jer...
 OK!! Ini dah melampauuu yer!!! Penat2 aku hensem2 hari ini x jadi pulak meeting! Lain kali inform ler awal2..menyusahkan org tul ler!!! Buat malu!!! dan pada masa yang sama membawa bersama sorang  praktikal student nie...
Tak puas hati gak aku tengok balik surat meting !!!!! TETIBA!!!!!!!!!!!!! OMGGGGGGGGGGGGGGGGGGGGGGGGGGGGGGGGG
Minit Mesyuarat, 11 oktober 2011, 10pagi!!!!!!!!
MALUUUUUUUUUUUUUU NYERRRRRRRRRRRRRRRRRRRRRRRR
Ok hari ini 11 November 2011!!!!!
Soooooooooo.........
dapat takk..apa yang silapnyerrrrrr tur??????? cu teka cu teka
..
...
...
...
...
Oktober VS November!!!
 
& itu bukan panggilan meeting tapi hanya minit mesyuarat yang lepas!!!
dann inilah 'suprise' di hari bertuah 11.11.11 ini!
Adoiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii..ada hati pulak tur nak jumpa pengarah ***** nak menyatakan rasa ketidakpuashatian!!!!!!! Sekali aku yg memang salah!!!!!!!!!!!!

Iktibarnya:
Tolong tgk masa betul2..buka mata besar2...nak wat org terbeliak mata akhirnya diri sendiri mcm nak tercabut bijih mata!!!
emmmm tahu pun ko maluu..len kali pakai baju stylo mcm aku nie...ko hari2 bogelll..eii maluu den

Comments

Sizzling Me said…
Adehh.. malunya!!!! hahaha
wanbah said…
hahaha..kann...ada lagi memalukann...dah siap kuar opis sekali patah balik sebab silap tgk tarikh kuang2

Popular Posts