SELAGI BERNYAWA....


Di sini ALLAH S.W.T, kita pun tak tahu kedudukan kita nie, entah hina, entah mulia, entah dikasihi, entah dilaknat, entah ahli syurga, entah ahli neraka....Allahu a'lam.... semoga my mum, dad, adik, aku dan kita semua berada dalam insan bertuah..amin
Tapi di sisi insan lain, kita tahu kedudukan kita, antara kaya dan miskin, antara berduit ribu dan duit sesen, antara berjawatan tinggi dan jawatan rendah,bergaji banyak dan bergaji sikit, orang berada dan orang kebanyakkan..
Cuba bayangkan bila tetiba bencana alam melanda yang teramat dahsyat, kerajaan pulak hanya mampu menyediakan tempat selamat yang ‘limited’...siapa yang anda rasa akan diutamakan?
Adakah masa itu konsep ‘rakyat didahulukan pencapaian diutamakan’ dipraktikan? Adakah konsep ‘utamakan ibu mengandung, orang tua dan OKU’ diamalkan?emmm rasanya mungkin TIDAK...
Kalau anda tengok  mana-mana filem tentang bencana alam ker, kemalangan dahsyat ker, golongan mana yang akan terseksa bagai nak rak mencari perlindungan? Bukankah orang biasa yang teramat biasa...

Dalam filem Titanic, penumpang kelas pertama diutamakan dahulu naik bot,yang kelas ketiga pandai2 ler cari makan, tapi atas semangat mereka nak selamat gak baru ler tersembur keluar mereka semua pergi atas dek nak naik bos sesame..tapi layakkerrrr??? Jawapanya TIDAK..

Dalam filem 2012, filem ala2 kiamat tu..golongan mana yang diterima masuk dalam ‘bahtera’? bukankah orang kaya? YA betul orang kaya.
Memang dua contoh nie hanya sekadar cerita dalam filem, tapi KALAU ia terjadi dalam realiti sebenar...mungkin waktu itu kita akan menyumpah serana orang-orang berduit & berjawatan tinggi ini...

Mati-mati kita bekerja dengan penuh taat dan bersemangat, akhirnya yang dapat nama, dapat pangkat datuk, dapat naik pangkat, dapat Anugerah khidmat cemerlang, siapa????? Tepuk dada Tanya sendiri

So ingatlah bahawa kedudukan kita disisi manusia lain berbeza, terimalah dengan sehakikatnya, hanya disisi ALLAH sahaja kita semua SAMA, malah kalau pegi haji pun, belum tentu kita semua ini ‘sama’ mesti ada yang dapat kelebihan, kemudahan yang lebih dari jemaah lain.. itu Hakikatnya! Walaupun konsep haji itu sendiri menjadikan semua jemaah adalah ‘sama’ , kita hadir di tanah suci dengan diri yang kosong sesuci & seputih kain kosong, bersih dari segala kenangan & perbuatan hitam, kita semua sama, tapi percayalah, ia tidak terjadi seperti itu, mesti ada juga insan lain yang ‘dapat’ keistimewaan….
Allahu a'lam

* tetiba aku emo saat ini...layankan je lerr 

Comments

Popular Posts