SAAT PERPISAHAN.....



Minggu lepas aku baru jer melalui kursus induksi pengesahan jawatan di felda residence, Trolak, Perak, di bawah kelolaan Kementerian Penerangan, Komunikasi & Kebudayaan ( KPKK).
bermula 13 hb Mac 2011 - 24 Mac 2011...

bawa kereta sendiri lagii...jadi senang sikit ler nak ke sana-sini.

last day tur sgt menyedihkan.....yeler, walaupun singkat jer pertemuan dgn rakan-rakan dari jabatan lain tapi jalinan kemesraan dah ada, malah ada yg lebih erat, habis jer final exam kami tur, terus En Saufi minta semua berkumpul buat 2 team lelaki & perempuan, bermulalah proses kerohaniaan...

bila tiba masa sesi bersalaman...aku memang tak boleh tahan..terus merintih kesayuaan..lantaklah apa org nak ckp..tp memang masa tur airmata ku berderai jatuh ke bumi!!!

Aku benci ngan pertemuaan ini..sebab akhirnya akan ada perpisahan!!!! dan aku x suka berpisah! walaupun aku tahu setiap yg bermula pasti berakhir...

balik jer ke pejabat...satu lagi majlis di buat.. Majlis Perpisahan untuk En Nadzri yg akan berpencen, Kak Hasnor ( pindah ke negeri.fm), Nana & Miza ( Unit suntingan ), Alia ( Unit bekalan ), Wawa ( Hal ehwal semasa), Hafizi ( penguasa bomba), Zaini ( lembaga zakat selangor), narita ( new zealand)

Adoiiii..sekali lagi aku menangis...tatkala En nadzri berpantun ' tuai padi antara masak..esok jgn rindu rinduan'
tak sanggup utk mendengar..kerna tak sanggup lagi untuk menghadapi perpisahan seperti ini!!!lantaklah apa org nak ckp juga, sebab airmata ini memang tak boleh ditahan lagi!!!

Aku benci perpisahan seperti ini!!!!Benci!!!!!

sebelum ini aku dah putus cinta ' berpisah'..sehingga perancangan untuk bertunang batal last2 minute!!! dan ini membuatkan aku sgt menderita!!! aku cuba tak nak ambil peduli, tapi akhirnya aku menangis juga, dan 2 kwn aku menjadi saksi, aku cuba lagi untuk gembira, cool, steady...tapii hakikatnya setiap saat bila keseorangan aku terfikir kembali..dan membuatkan aku memberontak kesakitan, segala kegembiraan aku hanya palsu semata utk menutupi rasa malu, geram & sakit!!! hanya Allah jer yg tahu!!!
hingga aku dah fobia dengan soal percintaan & perhubungan!!!!bak kata Aishah dlm lagu 'kemaafan dendam yg terindah' ..tapi kemaafan masih belum timbul dlm hatiku!!!

Ya...semua yang bermula akan berakhir...tapi pengakhiran ini membuatkan aku terkedu!!!!

kini aku menanti diri aku untuk pergi jauhhh dari sini...berhijrah..ke tempat asal aku...biarlah kali ini giliran aku pulak yang pergi...mengikut prcgn aku nak balik ke tempat asal...membawa hati ini..jauh dari sini..dunia aku bukan lagi disini...

Comments

Popular Posts