ULASAN PENUH AJL 27


Ini sekadar ulasan ikhlas & jujur untuk Anugerah Juara Lagu 27 ( AJL 27 ). Ulasan berdasarkan persembahan setiap finalis dan artis jemputan 

Persembahan pembukaan daripada Misha Omar, Ziana Zain dan Faizal Tahir..

Komen:
Penggunaan teknik grafik sepenuhnya pada ‘background’ . Teknik ini popular digunakan dan salah seorang daripadanya adalah semasa persembahan penyanyi beyonce dalam VMA dan semasa acara humanitarian day anjuran Unesco. Walaupun ada yang kurang tetapi wajib diberi pujian sebab ia sesuatu yang begitu unik.
Cuma mungkin selepas ini kalau ada lagi teknik sedemikian, artis terbabit @ penerbit perlu ‘synchronise’ sebaiknya terutamanya bila memerlukan artis berada dalam ‘cahaya putih’ agar tidak terkeluar daripada ‘cahaya putih’ tersebut.

Dalam keadaan begini, persembahan yang banyak pergerakan seharusnya dikurangkan sebab teknik ini memerlukan teknik pergerakan tangan dalam menyentuh ‘objek’ dibelakang. Penutup persembahan oleh faizal tahir yang akhirnya ‘membuang’ bunga dan scene memperlihatkan pelakon intan ladyana mendapat bunga tersebut. Teknik yang hebat dan boleh diperbaiki lagi.

Permulaan Cheryl samad & Faizal yang agak baik, dan keserasian mereka dengan mengekspirasikan grafik dengan realiti sangat Berjaya.
Keseluruhanya Faizal seakan lebih ber'lawak' berbanding cheryl. Penampilan cheryl ternyata sangat berbeza dan nampak mahal.

FINALIS AJL 27:
Persembahan mengikut giliran....

Adira & Hafiz ( Ombak Rindu )
Pakaian& make up kedua penyanyi sangat hebat terutamanya adira, begitu anggun. Tiada kejutan hanya kelainan dari segi props. Terasa seperti vocal hafiz sedikit menenggelamkan vocal adira. Penampilan Aaron Aziz seperti dijangka.Hanya Lagu dipersembahkan agak baik dan kehadiran aron aziz seperti membuatkan suatu aura yang hebat tapi secara keseluruhanya kurang impak untuk persembahan pertama ini. Kalau ada anugerah pakaian terbaik, adira adalah pemenang yang layak.

Shila Amzah ( Patah seribu )
Dimulakan dengan monolog Cuma ekspresi wajah shila agak kurang sebab adakalanya dia seperti tersenyum. Pakaian & make up shila agak berat dengan bermacam perincian. Dengan usianya yang muda, seharusnya pakaian seperti ini perlu dielakkan. Ingat ‘Less its more’. Persembahan vokal shila begitu baik dan calon vokal terbaik malam ini. Keseluruhanya tiada kejutan Cuma persembahan vokal yang baik.

Hazama & amy search (Simetri)
Dimulakan dengan letupan, nasib baik tiada yang pengsan sakit jantung. Konsep agak Berjaya mengetengahkan dunia gelap’gansgter’Segmen dimana ada adegan bergaduh sangat menganggu. Sebenarnya kurang simetri antara persembahan dua penyanyi ini. Vokal Amy search seakan kurang sengat berbanding hazama. Keseluruhanya kurang kejutan dan kurang keserasian gabungan vokal dua penyanyi.

Azlan & typewriter( Idola)
Dimulakan tribute utk allahyarham sudirman. Cuma agak pelik sebab kostum, makeup & kostum seperti ala thriller/zombi michael Jackson & sedikit unsur ala ‘English style’ walaupun ada sorang nie bawa bendera Malaysia ke hulu hilir. Vokal lan hebat seperti biasa Cuma kurang kejutan. Keseluruhanya kurang sengat dan agak pelik. Tribute untuk seorang legenda yang begitu seorang seniman ‘true malaysia’ yang dah lama pergi menjadi aspirasi dengan sebuah ppersembahan ala-ala thriller&English style bukan kah ianya pelik?

Stacy ( Pelangi senja)
Ala-ala di tepian pantai kawasan nelayan. Pakaian & make up kurang sesuai. Agak melucukan bila ada trasformasi pakaian seperti itu. Rasanya tidak perlu. Dan style rambut juga agak berserabut. Cuma sesuatu yang unik dari segi susunan muzik dan persembahan vokal stacy yang serak basah ini. Ada masanya seperti tidak percaya stacy mampu membawa lagu seperti ini. Boleh dapat anugerah bagi props terbaik rasanya. Keseluruhanya agak baik. Stacy calon untuk vokal terbaik malam ini. Mungkin calon untuk top 3 lagu terbaik.

Bedroom sanctuary(Lagu)
Berganutng sepenuhnya dengan unsur grafik & lighting sahaja. Kurang kejutan. Walaupun ditengah persembahan seperti ada gimik tapi masih ada yang kurang. Seakan mereka hanya hadir untuk buat persembahan semata. Pertama kali sebenarnya aku mendengar lagu ini tetapi auranya terus kena di hati. Keseluruhannya sangat biasa tetapi namun lagu begitu catchy.

Amir ( Tanpamu)
Ada usaha untuk membawa sesuatu kelainan Cuma kalau diberi tumpuan lebih kepada props & persembahan mungkin lebih baik. Tujuan props tersebut adalah sebagai instrument tambahan Cuma agak pelik bila kon jalan raya itu dibiarkan sahaja disitu tanpa diguna sepenuhnya. Sayang jika diberi peluang untuk memperdengarkan walau sekejap sahaja keunikan bermain muzik dgn instrument2 tersebut mungkin persembahan malam ini sangat kreatif. Keseluruhanya masih boleh diperbaiki.

Black & RJ( Teman pengganti)
Lama tidak melihat Jari dengan instrument saxophone. Sesuatu yang begitu klasik & seakan aura filem ‘james bond’ mewarnai susunan muzik dan persembahan keseluruhanya. Sesuatu yang unik bila unsur rap ada dalam lagu ini. Rasanya jarang sekali AJL member peluang kpedaa lagu seperti ini menjadi finalis. Cuma masih kurang gimik Cuma bergantung kepada kekuatan vokal black dan gabungan rap oleh RJ. Keseluruhanya mungkin dalam senarai persembahan vokal terbaik malam in

Aizat ( Terukir dibintang)
Aura keunikan kotaraya paris menguasai malam ini. Terasa seperti menikmati bulan madu berlatarbelakang menara eiffel. Aizat begitu berbeza dan Nampak ‘macho’. Cuma kalau turut bermain instrument mungkin lebih baik rasanya. Ternyata Yuna bijak mencari pengganti sesuai. Cuma sekadar persembahan ringan tanpa adanya gimik yang memberi kejutan. Seakan aku merasakan lagu ini mungkin berada dalam kelompok top 3.

Hafiz ( ku akui)
Baru perasan penampilan hafiz sangat berbeza Nampak begitu klasik. Persembahan ‘gimik’ sangat biasa tetapi kawalan vokal hafiz begitu hebat seakan malam ini mungkin vokal terbaik pasti milik hafiz. Mungkin ada masanya kita perlu suatu persembahan seperti ini dan penonton diberi masa sepenuhnya untuk menghayati gabungan muzik& vokal yang hebat. Susunan muzik 3 jenis instrument atas pentas sangat sesuai. Seakan merasakan lagu ini bakal menjadi top 3 malam ini. Ajai sekali lagi membuktikan.

Mojo ( andaiku bercinta lagi)
Sekali lagi ‘english style’ menjadi konsep malam ini. Kehadiran marsha sangat sesuai & menjadi permata bagi gimik mereka.Cuma kalau inginkan sesuatu yang berbeza boleh mengambil konsep persembahan Madonna untuk lagu ‘voque’ di acara VMA 1990 untuk mengukuhkan lagi konsep ‘english style’ mereka. Wow! Vokal Mojo ternyata memberi harapan seperti vokal terbaik juga mungkin milik dia.

Anak kampung ( Jimmy & One nation emcee)
Sesuatu yang berbeza dan unik. Keunikan budaya sabah dari suku kaum kadazandusun dipersembahkan dan ditutup dengan dikir barat dari budaya Kelantan. Juga gabungan Rap dan lagu ‘tempatan’. Rasanya kalau nak lebih impak boleh memasukan tarian buluh bamboo. Pakaian mimi agak pelik sebab gabungan kebaya & kasut butt sangat tidak kena. Persembahan mereka juga tidak mengecewakan Cuma kurang umphh. Mungkin boleh mendapat khidmat daripada noraniza idris dari segi persembahan berbentuk etnik. Secara keseluruhnya ada keserasian cuma boleh diperbaiki lagi.

Persembahan penutup Oleh Rahmat Mega, Aris Ariwatan,Joey, Ramli Sarip
berjaya mengembalikan nostalgia terima kasih buat AJL kerana masih memberi peluang kepada lagu-lagu malar segar seperti ini. Persembahan mereka tetap unggul seperti dulu. cuma tiada kejutan .

WOW! debaran menanti pemenang malam ini......apapun nie ramalan terakhir aku!

RAMALAN AKHIR AJL 27:
PILIHAN TOP 3 : Ku akui, terukir dibintang, idola , simetri
VOKAL : Hafiz ( calon utama )Mojo( pencabar dekat) atau atau Stacy( keunikan vokal serak basah)
PERSEMBAHAN : Black&RJ(aura 'james bond' ) atau Stacy( props yang hebat)

Walaupun AJL ini pertandingan lagu. Tetapi seharusnya persembahan setiap artis perlu berbeza dan penuh dengan gimik. Ingat peminat sanggup datang ke stadium berhimpit-himpit, sanggup beratur menunggu sejak tengah hari,balik rumah dalam keadaan jalan yang sangat jem. Jadi berilah penonton suatu yang unik & gempak. Disamping persembahan vokal yang mantap dan susunan muzik yang berbeza. Ini adalah sebuah pertandingan bukan konsert , suatu yang hebat diadili oleh juri, dipertontonkan kepada jutaan rakyat malaysia dan merentasi antarabangsa, menjadi tonggak kepada TV 3 seakan suatu pelaburan besar dari segi pemilihan konsep, rekaan pentas, pencahayaan dan juga ratings. Jadi pertimbangkan lah semua ini dan berilah persembahan yang luar biasa.  

Comments

Jumie Samsudin said…
Woww lajiunya alasan daripada u olls!
wanbah said…
hahaha jumizah :->..
sambil tgk sambil ulas..terus post..segar dari ladang

Popular Posts