HARIMAU MALAYA TERUS MENDAKI!!

Harimau Malaya mendaki mana pulak dah????
emmm rupa-rupanya 'mendaki' tangga kejayaan!
Bukan sebarang tangga okeyy...tangga yang terus memberi pulangan lumayan sama itu pemain dan jurulatih!
dan tak kurang juga peminat-peminat yang semakin bertambah juga sokongan seantero dunia!
Pompuan2 luar sana terus cair dgn pemain2 negara, yang single mingle relakss jer, yg berpunya ambik ko
GF @ isteri jadi risau gelabah bila 'laki' dorang jadi perhatian 'mata-mata' nakal...ehemmmm jgn marah sekadar gurauan :-)

Di sini aku senaraikan beberapa kejayaan BAIK PUNYA!!!

Emas Sukan Sea 2009!!

1.     BOLA SEPAK MENANG EMAS SUKAN SEA

17/12/2009
Skuad bola sepak bawah 23 negara mencipta sejarah Sukan SEA apabila menang emas pertama selepas kali terakhir dilakukan 20 tahun lalu.

Jaringan gol sendiri pemain Vietnam selepas tolakan Norshahrul Idlan Talaha memberikan peluang untuk Malaysia memperoleh emas dalam acara akhir bola sepak lelaki Sukan SEA XXV.

Kali terakhir skuad negara menang emas ialah di Temasya Kuala Lumpur 1989.


Juara Piala Suzuki AFF 2010
2.   JUARA PIALA SUZUKI AFF 2010
29/12/2010
Malaysia menumpaskan Indonesia dengan agregat 4-2 dalam perlawanan akhir kedua Kejohanan Bola Sepak Piala Suzuki AFF 2010 di Stadium Gelora Bung Karno, Jakarta, Indonesia.
Malaysia menang pada perlawanan pertama 3-0
Malaysia tewas 1-2 kepada Indonesia dalam perlawanan timbal balik.

Pada perlawanan kedua, Malaysia mendapat gol hasil jaringan Safee Sali dan penjaga gol Malaysia, Khairul Fahmi berjaya menyelamatkan sepakan penalti Firman Utani pad aminit yang ke-18.

 
3.   KELAYAKKAN PIALA OLIMPIK
Menang tetapi masih belum cukup! Skuad Olimpik Malaysia sekadar menang 2-0 ke atas Pakistan.

Dan tugas berat lagi buat Ong Kim Swee dan pemain yang akan bertandang ke Lahore, Pakistan pada 9 Mac ini bagi melengkapkan pertemuan kedua pusingan pertama.

Dua pemain muda, Wan Zaharulnizam Wan Zakaria dan Mohd. Irfan Fazail muncul wira negara dengan gol pada separuh masa pertama pada minit ke-3 dan 45





MISI ULANGI SEJARAH LAMPAU
*credit to muhammad Dayne Azmin @Utusan 


Adakah peminat bola sepak negara masih ingat yang 39 tahun lalu, Malaysia pernah beraksi di pusingan akhir Sukan Olimpik di Munich, Jerman?

Buat generasi muda hari ini, mungkin mereka tidak sempat merasai pengalaman manis tersebut tetapi ia tetap dikenang antara rekod paling cemerlang bola sepak negara di pentas antarabangsa.

Walaupun gagal mara ke pusingan suku akhir Sukan Olimpik selepas mencipta satu sahaja kemenangan ke atas Amerika Syarikat dengan keputusan 3-0, aksi pemain seperti Datuk Santokh Singh, Datuk Dell Akbar Khan dan Datuk Soh Chin Aun tetap terpahat buat selamanya dalam lipatan sejarah.

Lapan tahun kemudian, Malaysia sekali lagi melakar sejarah yang sama apabila mara ke Sukan Olimpik Moscow namun kali mereka tidak mengambil bahagian atas faktor politik biarpun mara penuh bergaya dengan menyingkirkan Korea Selatan di perlawanan penentuan.....baca lebih lanjut 

Comments

Popular Posts