HALA TUJU PERFILEMAN MALAYSIA



2012 menjadi tahun begitu bermakna buat perfileman malaysia. Manakan tidak bilamana Bunohan dianggap produk terbaik pernah dihasilkan oleh anak jati Malaysia hingga sering mendapat pengiktirafan di luar negara. Malah filem ini menjadi filem kedua selepas Puteri Gunung Ledang yang dihantar ke Academy Awards bagi kategori filem bahasa asing, walaupun tidak berjaya membolos 5 terbaik tetapi ia satu kejayaan yang boleh kita banggakan.

Namun, adakah ia cukup untuk memecah ruang perfileman antarabangsa?Sekadar mengambil contoh Anugerah Academy di Amerika, salah satu anugerah filem paling berprestij dan utama, menjadi perhatian penggiat seni seluruh dunia tidak perlu ambil contoh filem-filem dari negara China, Jepun mahupun India. Lihat sahaja rakan dalam Asean sahaja.

Vietnam berjaya membolos 5 terbaik pada tahun 1993 untuk filem The Scent of Green Papaya, manakala Negara Cambodia 2013 untuk filem The Missing Picture.

Ok lupakan pasal filem, perhatikan dokumentari The Act of Killing , menggunakan bahasa indonesia berkisarkan tentang peristiwa di negara itu. Dokumentari ini berjaya membolos 5 terbaik bagi kategori Dokumentari terbaik academy awards 2013. Apapun jenis genre, menjadi 5 terbaik dalam academy awards pun dah cukup hebat! 

OK! aku bukanlah pakar dalam dalam membuat filem...aku sekadar penonton dan penyokong filem Malaysia, mengharap keajaiban terjadi, mungkin tahun depan atau 2 tahun lagi atau 3 tahun lagi atau akan datang!

Semoga kalian yang sememangnya pakar filem dalam industri seni tanahair akan menghasilkan satu karya yang mampu diiktiraf di luar negara. Mungkin kita dah boleh target untuk memilih Academy awards atau OSCAR sebagai sasaran utama! dan mungkin Asia Fasifik film festival, Cannes Awards, Bafta awards dan lain-lain

sudah tiba masanya untuk kita membolos kategori filem asing terbaik atau dokumentari terbaik!

filem kita wajah kita! kekalkan sahaja tagline ini sebab di Malaysia ni banyak lagi yang kita explore!!!

Comments

Popular Posts