ARTIS MALAYSIA DI'ANAK TIRI'KAN

Industri seni di Malaysia nie sukar dijangka...betul tak?
Industri yang kita boleh fahaminya dalam 3 aspek iaitu muzik , filem & TV

satu-persatu isu keluar berkaitan artis malaysia di 'anak tiri'kan...
aku pun sebenarnya tidak faham...sebab bila isu ini keluar yang jadi mangsa adalah artis luar itu ...nak tanya juga..yang artis luar nie datang sendiri ke Malaysia hantar surat kat penganjur ke nak buat persembahan atau berlakon ke? Atau mereka saja nak datang ke sini nak melancong tetiba dapat tawaran buat persembahan? ataupun mereka ini ada hubungan sulit dengan pihak penganjur?
emmm...lepas tu ada segelintir artis Malaysia berani memperjuangkan hak asasi! memperjuangkan nasib..tapi fokus kepada artis luar itu sendiri..ibarat 'kerana marahkan nyamuk, kelambu dibakar'
Tolonglah...tidak salah nak memperjuangkan nasib, tapi jangan ler buat sesuatu yang boleh terkena batang hidung sendiri..kasihan aku tengok! marahlah kat penganjur atau penerbit..sebab mereka yang nak ambik artis-artis luar nie...sekali lagi PENGANJUR & PENERBIT ! bukan ARTIS LUAR!!!
aku bukanler nak kata kehadiran artis luar nie positif..betul aku setuju jika artis tempatan tampil memperjuangkan hak..tapi cara itu yang tidak betul!
yang wartawan malaysia nie pun sama...demi nak 'menjual' sanggup keluarkan isu yang hangat & kontroversi!
industri kita nie tidak sehebat negara jiran pun..kalau hebat pun dah berlambak telefilem& drama bersiri kita tersiar di negara mereka!..dah berlambak album penyanyi-penyanyi kita terjual berjuta-juta copy di negara luar.. 

lihat perfileman kita. Filem yang betul-betul hebat, berkualiti, Oscar quality pun tidak mampu mencapai kutikan jutaan ringgit..macam mana kita nak bersaing dengan industri luar sedangkan rakyat malaysia sendiri tidak mahu menyokong! tolonglah buka minda, jangan tengok yang ringan-ringan sahaja!..
Namun sejak beberapa tahun ini..kutipan ditahap yang begitu membanggakan!.cuma inilah mas auntuk kita pergi jauh..bukan fikir untuk dalam malaysia sahaja tapi untuk Antarabangsa!
bukan satu dua filem tapi biar semua filem kita pergi jauh lagi...
Kita berbangga dengan kejayaan sekerat filem yangmencaapi kejayaan di luar negara ..tetapi masih belum cukup lagi..mesti lebih giat..berlambak graduan dalam bidang pemasaran..ayuhh gunakan segala ilmu  segala kelebihan kita jual kat negara luar..

tidak teringinkankah anda..kalian semua ..mendengar isu atau membaca berita tentang
" lambakan artis dari malaysia menganggu periuk nasi artis tempatan"?
atau " kerajaan wajib kawal kemasukan artis dari malaysia"?
atau" kenapa perlu ada persembahan dari artis malaysia dalam anugerah ini"?
atau " kenapa mesti ada pelakon dari malaysia dalam drama atau filem tempatan..tidak cukup hebatkah artis dalam negeri"?

aku teringin sangat suatu hari nanti keluar isu-isu seperti ini...bila isu ini kelaur ini bermakna industri kita di tahap yang begitu hebat!..artis-artis kita mula menguasai dunia..

dulu kita pernah ada penyanyi Aishah dengan kumpulannya the Fun Club!
kalau tak kenal search sendiri di Youtube..tapi sahaja Aishah fun club!..dulu aku ingat penyanyi amerika mana ntah rupanya dari sini.

sekarang nie kita ada Yuna yang mula membolos percalonan awal anugerah terhebat dunia seperti MTV Europe 2012 ( kategori asia),Nickelodeon Awards, jemputan khas dalam talk show kat US dll.

juga Zee Avi, che'nelle ( kelahiran Malaysia tapi kerakyatan australia)..

malah dari cerita-cerita yang aku dengar kumpulan indie band underdog negara kita pun hebat di luar negara cuma kita je yang tidak tahu..mungkin dalam negara sendiri tidak bagi peluang!

kalau india berbangga dengan mira nair, ar rahman, aishwarya rai yang begitu berjaya di peringkat antarabangsa

begitu juga china dengan ang le, chow yun fat, jacky chan, zhang zi yi, gong li

Malaysia begitu bergantung kepada kehadiran datuk michele yeoh sahaja...kita perlu banyak lagi seperti datuk michelle yeoh...

Industri fesyen kita agak berbeza...
sosialit dah begitu mendambakan akan jenama Jimmy Choo..sekarang bernard chandran..jadi kita perlu banyak lagi designer seperti mereka....mungkin suatu hari rekaan amir muhamad di karpet merah Oscar atau rekaan hatta dolmat di karpet merah grammy awards!

kerajaan perlu melihat industri seni sebagai satu industri yang penting! industri yang sama hebatnya dengan bidang ekonomi lain..industri yang sepatutnya dah ada jabatan nya sendiri! di wakili seorang Menteri mungkin...artis- artis malaysia perlu terus bersemangat 'menjual' bakat yang ada..
kalau mampu pergi sahaja mencuba nasib di luar negara! selagi nyawa dikandung badan selagi itu perjuangan perlu dilaksanakan!..

charice pempengo dari philipina begitu berjaya di peringkat antarabangsa! 

jangan bila sudah menang pngat di WCOPA atau mana-mana pertandingan di luar negara balik malaysia terus senyap!..hairan kan? 

artis malaysia tolonglah keluar dari sini..bukan nak jadi warganegara negara lain tetapi bidang ini dah jadi periuk nasi anda jadi beranikan diri pergi lebih jauhh

inilah masa untuk anda buktikan anda boleh menjadi mungkin seperti preida pinto, artis-artis K-POP, penyanyi Anggun, Anil Kapoor, Malika Sherawat dLL..

kalau aku nie artis dan inilah periuk nasi aku ....pasti aku akan pergi lebih jauh...:-) 
 


 

Comments

Popular Posts