TRANSFORMASI MENJADI PEKERJA YANG TERBILANG

Doa yang diajar oleh Haji Mohd Fadzilah Kamsah. Semoga kita semua mendapat ganjaranya.Amin
29 Nov - 1 Dis 2011
aku telah join Bengkel/ Kursus " TRANSFORMASI MENJADI PEKERJA YANG TERBILANG "..di Hotel Pantai Puteri, Melaka.. Salah seorang penceramah adalah Dato' Dr.Haji Mohd Fadzilah kamsah.

Aku join kursus nie pun sebab ganti orang. Kebetulan jer terjumpa kwn yang handle kursus nie, tetiba minta aku ganti, mulanya malas nak pegi sebab banyak keje lagi nak wat, last-last wajib juga. Tapi memangggg tak rugi pun join bengkel nie.

Manusia macam kereta juga, perlu di servis, hati kita nie ibarat enjin, minyak kene tukar, kalau hitam pekat dah tak elok, kereta akan cepat rosak. So kene ganti minyak baru. Dalam hal ini, hati 'kita' kenelah diservis dengan 'minyak' agama & inspirasi. Agar kita tidak terus hanyut dengan mainan dunia. 

Berbalik pada bengkel ini. sekali lagi aku bersyukur, diberi kesempatan untuk mengikuti ceramah oleh seorang yang sangat berkaliber. Bukan senang nak dapat kan, kali terakhir aku pernah join ceramah oleh Hj Fadzilah adalah pada 2004 di Tawau, Sabah. masa tu aku terlibat ngan aktiviti rakan2 mahasiswa UIA, program 'C u d IPTA'. Ingat lagi buat pertama kali aku dapat face2face ngan Haji, aku salam dan terus cium tangan beliau. Tapi masa nak cium tur, Hj terus tarik tangan. Aku tergamam,hairan sebab dah jadi budaya orang muda cium tangan orang tua. Mungkin ada sebab tapi aku pun tak pasti emmmmmm....

Kali ini aku cuma bagi salam tapi tak cium sebab segan nanti Hj tarik tangan lagi hehehehee...jgn marah yer Dato'. :-)

Ok, bengkel ini berkaitan dengan perubahan yang perlu ditempuhi oleh kita sebagai pekerja. Dari bentuk kandungan kursus, nyata perubahan itu bermula dari diri kita sendiri. Maka diri perlu diTransformasi..

Transformasi itu sebenarnya memfokuskan kepada cara hidup kita sendiri. Cara pemakanan, cara pergaulan, cara berkomunikasi, cara penjagaan badan, cara menguruskan rumahtangga..ibarat 'Melentur Buluh Biar Dari Rebungnya'...segalanya bermula daripada kita, dalam hati kita. Pembentukan akhlak anak-anak bermula daripada ibu-bapa, keterbilangan organisasi bermula dari pekerja, kemantapan sebuah negara bermula dari rakyatnya.. dan segala kembali kepada akar umbi yakni DIRI SENDIRI!!!...

...................................................................................................................................................................
Aku mengambil sedikit info dari bahan kursus yang disediakan untuk dikongsi bersama...semoga kita semua mendapat manfaatnya:


" barangsiapa yang tidak berterima kasih sesama manusia, sebenarnya tidak tahu bersyukur kepada Allah S.W.T"   ( H.R: Tarmidzi)


Transformasi melalui rutin harian:


  • Solat & doa
  • Maafkan semua orang
  • Tidur mengiring ke kanan
  • Bangun tidur senyum dan doa
  • Senyum yang ikhlas paling minimum 10 saat
  • Buang air kecil dengan betul
  • Buang air besar dengan sempurna
  • Sarapan dengan makan pisang
  • Makan buah sebelum makan nasi
  • Masuk rumah baca Basmallah 3X,beri salam & masuk kaki kanan
  • Yang baik lakukan di kanan
  • Cuci pinggan untuk cuci hati
  • Elak lakukan dosa atau maksiat
  • Kasih sayang merawat segalanya

Amalan 'team work' yang hebat

  • Doakan kawan sekerja
  • Maafkan semua orang
  • Bantu orang lain tanpa berkira
  • Usaha bahagiakan orang lain
  • Bangunkan orang lain
  • 'Baca' orang lain dengan tepat
  • Kerjasama dan bertindak secara jemaah
  • Lebih terbuka
  • Sentiasa satu fikir satu hati ( ruh yang serasi)
  • Sentiasa mesyuarat
  • yang tua sayang yang muda

 
petikan wall facebook Dato' Dr. Haji Mohd Fadzilah Kamsah "Ramai org hidup d dunia n berkerjaya tapi kabur ttg matlamat hidupnya. Org yg tak pasti tujuan hidup ibarat naik bas tapi tak tahu nak pergi mana!! ADAKAH ORG INI SIUMAN? tAPI JGN KETAWAKAN ORG! Kita ni, jelas tak arah mana kita nak bawa diri n keluarga kita? Kita nak bahagia, tapi apa usha nak benar2 bahagia? Kita nak masuk syurga, tapi adakah setiap usha kita akan bawa kita ke syurga atau sebaliknya? Kita nak sihat, apa usha utk jadi sihat? Kita nak semua org syg kita, tapi adakah kita usha utk syg semua org? Cuba renungkan n terus bertindak."

konklusi....
Aku mengharapkan semua warga kerja tempat aku dapat join bengkel seperti ini. Biar semua 'bertransformasi'.

Comments

Popular Posts