HIKAYAT MERONG MAHAWANGSA- ULASAN ( 4 Star )

Jika anda boleh 'masuk' dengan filem seperti Pirates Of The Caribbean, The Queen Of langkasuka dan Master and Commander , mungkin anda boleh menerima Merong Mahawangsa.

Malangnya aku bukan jenis yang minat dengan filem dalam genre/kategori
Ini. Jadi sedikit sebanyak 'mengganggu' pandangan ku terhadap Merong Mahawangsa.

Walaubagaimanapun, apa yang boleh aku katakan tiket pawagam yang aku bayar berbaloi-baloi.
Lupakan pasal ketelitian dalam unsur grafik, kerna ia dah cukup hebat bagi filem berstatus tempatan. Malah tak salah kalau aku katakan inilah filem aksi perang gaduh, bunuh, tembak sana-sini paling terbaik pernah dihasilkan selepas filem dalam kategori sama seperti Puteri Gunung Ledang, Leftenan Adnan, Paloh & Embun

Tapi aku hairan kenapa HMM diklasifikasi sebagai 'U' ( tuntunan umum). Bukan apa sepanjang aku tengok citer nie, gaduh sana-sini tak yah citer ler, pastu siap potong kepala, leher, tikam orang tak hengat, berderai-derai terpancut darah keluar. Bukankah itu agak keterlaluan jika ditonton oleh kanak-kanak bawah umur?. Emm fikir-fikirkanlah...

Aku suka dengan gabungan bahasa dalam filem ini. Ada bahasa Melayu, India, Cina, Rom. Susah kita nak tengok filem ada gabungan bahasa seperti ini, macam-macam ada!

Pelakon pun 'multiskill' boleh berbahasa mm-mcm bahasa.

Ada beberapa bahagian yang kekadang aku naik hairan, mcm babak menara jatuh ke bumi terus mati semua geng2 garuda? Cepatnyerr mati begitu sahaja. Rasanya kalau menara besi mcm Eiffel lainlah cerita..Emmmm

Ada unsur humor dalam filem ini, yang memberi sedikit keceriaan, watak dayang kepada puteri sgt mencuit hati, gaya Merong pun adakala melucukan, watak 'Ketua' India dari Goa pun sama. Skrip dlm filem ini pun agak logik boleh diterima akal kene dengan cara penyampaian para pelakonnya. Kekadang 'terasa' dengan kekuatan skripnyer. Teringat watak Sultan Mahmud dalam PGL,bahasa pertuturan 'Sultan' masa itu seperti bahasa zaman sekarang. Nasib baik HMM tak seperti itu.

Dari segi lagu dan skor muzik, boleh dibanggakan, sinematografi pun sangat menarik cuma masih kurang menonjolkan keindahan tanah semenanjung yang masih kaya& segar dengan flora&fauna juga isi lautan. Teringat filem Thailand 'The Queen Of Langkasuka' yang menampilkan keindahan dasar lautan. Kostum memang sesuai dengan situasi.

Tapi babak awal dalam MHH yang menampilkan kerajaan Rom & China seperti agak cepat. Begitu juga babak dalam kawasan jajahan garuda seperti kecil sahaja kawasan mereka, babak berperang pun sama kurang umphhhh, dengan perahu kecil dan kekadang fokus hanya kepada puluhan orang sahaja. Bila 'zoom out/ bird eye' baru nampak banyak. Rasanya masa 'close up' pun boleh jer bagi nampak bala tentera yang ramai nu.

Dan aku sebenarnya kurang suka dengar naration dalam filem ini, rasanya kalau Datuk Rahim yang menyumbangkan suara rasanya lagi ok kot.

Walaubagaimanapun. Hikayat Merong Mahawangsa membawa satu lagi sinar baru dalam persada seni tanahair. Rasanya kita dah lama tak disajikan dengan filem seperti ini, filem yang ada mengaplikasikan teknologi CGI @ apa2 jer yang gempakz pun untuk cerita-cerita berunsur hantu, magik, rempit dan drift jer.

Tahniah buat Yusry, Tahniah KRU, Tahniah semua pelakon, Tahniah kru poduksi, Tahniah kerana anda menaikkan nama Malaysia, akhirnya orang kita &luar akan membuka mata sebesar-besarnya, betapa kita pun mampu hadir dgn filem seperti ini!

Aku bangga dengan filem ini! Teruskan lagi dengan filem seperti ini!!Tahniah!!!

Apa lagi..korang yang tak tengok lagi...dinasihatkan pergi tengok...its WAJIB TONTON di PAWAGAM ( rugi kalau tengok di tv jer)- 4 star

Apa kata wanbah:




 
Plezzz hantar HMM ke percalonan Academy Awards best Foreign Film, Golden Globe, Cannes Film Festival dan lain2...Masuk@tak lain cerita yang penting kita ada penyertaan. Kalau Indonesia, Thailand boleh hantar filem setiap tahun, kenapa kita tidak boleh!!!!
Pihak berwajib jangan pura-pura tak tahu, jangan fikir pasal soal politik&kuasa jer, plezzzzz lah bantu filem kita, produksi kita!!!

Comments

Popular Posts