JAGOAN DUNIA TERSUNGKUR DI BENUA AFRIKA

Satu persatu jagoan dunia tersungkur di world cup edisi 2010!
membuatkan lebih jutaan peminat terkesima, terkejut, marah, kecewa dengan kekalahan pasukan pilihan.
Malah edisi kali ini para pemerhati amatur & profesional seakan-akan 'tahu' siapa akan ke akhir tetapi akhirnya cuma tekaan semata!

bermula dengan France, diikuti Itali, Brazil, Mexico, England, Argentina dan terbaru Jerman yang kononnya telah ditilik oleh si sotong bernama paul akan memenangi Piala dunia 2010! Nampak gaya si sotong bakal menjadi hidangan untuk menebus kekalahan.

tetapi edisi kali ini memperlihatkan kehebatan jagoan baru seperti korea, ghana, jepun yang berjaya membuka mata para jagoan sedia ada.

Yang pastinya Malam akhir bakal menemukan 2 jagoan baru iaitu Netherland ( Belanda ) & Spain.
Manakala Jerman bertemu Uruguay untuk penentuan ke-3.
Kita tunggu dan lihat siapa bakal bergelar Juara 2010.

aksi-aksi ke terakhir....



Comments

Popular Posts