HALA TUJU PERFILEMAN MALAYSIA
2012 menjadi tahun begitu bermakna buat perfileman malaysia. Manakan tidak bilamana Bunohan dianggap produk terbaik pernah dihasilkan oleh anak jati Malaysia hingga sering mendapat pengiktirafan di luar negara. Malah filem ini menjadi filem kedua selepas Puteri Gunung Ledang yang dihantar ke Academy Awards bagi kategori filem bahasa asing, walaupun tidak berjaya membolos 5 terbaik tetapi ia satu kejayaan yang boleh kita banggakan. Namun, adakah ia cukup untuk memecah ruang perfileman antarabangsa?Sekadar mengambil contoh Anugerah Academy di Amerika, salah satu anugerah filem paling berprestij dan utama, menjadi perhatian penggiat seni seluruh dunia tidak perlu ambil contoh filem-filem dari negara China, Jepun mahupun India. Lihat sahaja rakan dalam Asean sahaja. Vietnam berjaya membolos 5 terbaik pada tahun 1993 untuk filem The Scent of Green Papaya , manakala Negara Cambodia 2013 untuk filem The Missing Picture . Ok lupakan pasal filem, perhatikan dokumentari The Act of